Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label dalam. Tampilkan semua postingan

Selasa, 04 Maret 2014

Pasukan Khas Jejak Suspek Tembak Pegawai Ambank Disahkan Masih Dalam Negara



KUALA LUMPUR – Suspek utama kes bunuh dan rompak pegawai bank Ambank USJ 2 Sentral, Subang Jaya Rabu lalu dipercayai masih berada di dalam negara.

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin yang turut memberi jaminan bahawa polis akan menjalankan operasi memburu suspek ‘hingga ke lubang cacing’.

“Kita telah menubuhkan satu pasukan khas untuk menjejak penjenayah utama ini dan kami dapati suspek masih lagi berada di dalam negara.

“Pasukan khas ini ditubuhkan di peringkat Selangor yang akan dibantu oleh jabatan-jabatan lain di Bukit Aman,” katanya pada sidang media selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor di Pulapol.

Sementara itu, beliau menegaskan, polis hanya akan mendedahkan identiti sebenar suspek selepas penjenayah itu diberkas.

“Biar kami dapatkan penjenayah dahulu, sudah berkas baru kami akan siarkan identiti suspek.

“Saya juga tidak mahu mendedahkan di mana tempat suspek berada kerana ia bakal memberikan peluang untuk mereka yang berkenaan melakukan perbuatan yang boleh memperdayakan polis,” katanya.

Dalam kejadian pukul 6.18 petang Rabu lalu, seorang pegawai bank mati ditembak di kepala apabila sedang dalam proses memasukkan duit ke dalam peti kebal bank berkenaan.

Suspek yang bersenjata pump gun itu telah melepaskan tembakan yang mengenai kepala mangsa dan melarikan wang tunai berjumlah RM 450,000 dengan menaiki motosikal.

Setakat ini tiga individu termasuk isteri suspek telah ditahan kerana dipercayai bersubahat dalam jenayah tersebut.

sumber:
ReadFull Article ..

Rabu, 25 Desember 2013

Jangan layan kumpulan eksterimis dalam negara

Tun Mahathir


PUTRAJAYA - Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak harus melayan tuntutan oleh kumpulan ekstremis di dalam negara ini.
    
Sebaliknya, katanya, kerajaan harus memahami pemikiran kumpulan sederhana dan menyakinkan mereka untuk bekerja bersama-sama bagi mengalakkan kestabilan dalam negara.
    
Melayan permintaan esktremis akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dan membahayakan pertumbuhan negara, katanya ketika berucap pada Siri 17 Wacana Perdana bertajuk Trend Politik Semasa dan Kesan terhadap Hala Tuju Ekonomi dan Sosial di Malaysia di sini hari ini.
    
Wacana itu dianjurkan oleh Yayasan Kepimpinan Perdana dan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
    
Dr Mahathir berkata persepsi bahawa kerajaan adalah lemah kerana gagal mendapatkan mandat besar dalamPRU13, Mei lepas, telah menyebabkan unsur-unsur ekstremis daripada pembangkang membuat pelbagai tuntutan.
    
"Jika anda fikir kumpulan ekstremis akan mengucapkan terima kasih kepada kerajaan dan memberi sokongan mereka selepas tuntutan mereka dipenuhi...maka anda silap," kata perdana menteri keempat negara selama 22 tahun itu.     

"Saya berharap kumpulan sederhana akan kekal dalam negara dan berani membuat pilihan...bukan demi kepentingan sendiri tetapi untuk kebaikan negara, politik dan masyarakat," katanya.
    
Oleh itu, beliau menggesa majoriti sederhana supaya mempunyai keberanian untuk menyuarakan pandangan mereka mengenai situasi politik semasa sambil menjelaskan bahawa kerajaan perlu memberi lebih tumpuan kepada majoriti senyap.
    
Turut hadir ialah Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Kepimpinan Perdana,   Tan Sri Azman Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (Asli) Tan Sri Dr Michael Yeo dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Gerakan Kesederhanaan Global, Datuk Saifuddin Abdullah. - Bernama
ReadFull Article ..

Minggu, 01 Desember 2013

Tidurlah dalam keadaan mati lampu

Jika Anda takut tidur malam dalam
kamar yang gelap mulailah untuk
melatihnya. Tidur dengan lampu mati
sangat baik buat kesehatan tubuh dan
bisa mencegah beberapa penyakit
serius seperti kanker payudara dan kanker prostat. Tidur malam dalam kamar yang gelap
benar-benar bermanfaat buat tubuh.
Ahli biologi Joan Robert mengatakan
tubuh baru bisa memproduksi hormon
melatonin ketika tidak ada cahaya.
Hormon ini adalah salah satu hormon kekebalan tubuh yang mampu
memerangi dan mencegah berbagai
penyakit termasuk kanker payudara
dan kanker prostat. Sayangnya, hormon melatonin ini tidak
akan muncul jika orang tidur malam hari
dengan lampu menyala. Adanya cahaya
atau sinar membuat produksi hormon
melatonin akan berhenti. Dengan mematikan lampu ketika tidur
malam hari, bukan hanya menghemat
energi tapi juga meningkatkan
kesehatan tubuh. Maka itu tidur malam
sambil nonton TV juga sangat tidak
disarankan. Praktisi kesehatan lainnya, Lynne
Eldridge M.D yang juga penulis buku
Avoiding Cancer One Day At A Time
juga menuliskan perempuan buta 80
persen lebih kecil terkena risiko kanker
payudara dibanding rata-rata perempuan lain. Diduga faktor hormon
melatonin yang banyak ditubuhnya
karena penglihatan yang gelap
membuatnya punya daya tahan tubuh
yang lebih tinggi. Pentingnya tidur malam hari dengan
mematikan lampu baru-baru ini juga
diteliti oleh para ilmuwan dari Inggris
dan Israel. Peneliti menemukan ketika
cahaya dihidupkan pada malam hari,
bisa memicu ekspresi berlebihan dari sel-sel yang dikaitkan dengan
pembentukan sel kanker. Para ilmuwan mengklaim jika
seseorang terbangun di malam hari dan
menyalakan lampu selama beberapa
detik, maka bisa menyebabkan
perubahan biologis yang mungkin
mengarah ke kanker. Jika pada penelitian sebelumnya tidur
malam dengan lampu terang dikaitkan
dengan peningkatan risiko kanker
payudara dan kanker prostat. Maka
pada penelitian terbaru ini menunjukkan
paparan jangka pendek juga bisa dikaitkan dengan peningkatan risiko
kanker.
ReadFull Article ..

Minggu, 17 November 2013

Renungan Cinta yang Sempurna Meski Dalam Keterbatasan

Inilah kisah cinta orang cacat yang telah berkeluarga, tapi sang suaminya bisa dikatakan memiliki wajah dan tubuh yang sempurna. Di dunia ini, masih ada rupanya cinta yang sempurna.
  Untuk Sahabat-sahabatku, ini sebuah kisah menyentuh hati dalam foto yang nyata. 
Tuhan itu Maha Adil dan Maha Penyayang, Kisah seorang suami istri dalam keluarga yang sangat sederhana, melihat rata-rata sosok lelakinya itu bisa dinilai seorang pria yang cukup sempurna terutama dalam penampilannya, tapi dia mempunyai seorang istri yang mempunyai kelainan dalam fisiknya, dimana wanita tersebut tidak mempunyai kaki sama sekali total dari ujung kaki hingga ujung paha bahkan wanita itu tidak memiliki sama sekali pinggul (bagian dari pangkal paha hingga batas pinggang), jadi sulit sekali bila duduk karena tidak memiliki alas dibawah pinggang tersebut. 
Tapi kebesaran Tuhan tentu lain, wanita tersebut memiliki suami yang cukup ganteng, masih muda dan sangat cukup sempurna mau memiliki dan mengasihi seorang wanita yang mempunyai cacat fisik bawaan. Mereka sekarang dikaruniai dua orang anak yang sangat sempurna dan lucu sekali.
Silahkan Anda menyimak satu persatu foto-foto keluarga tersebut. Sungguh luar biasa ! Semoga memotivasi dan menyemangati hidup Anda...






ReadFull Article ..