Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pada. Tampilkan semua postingan

Kamis, 26 Desember 2013

Ilmuwan Orang Tersenyum Pada Foto Wisuda Jarang Alami Perceraian

anak tersenyum
Ilustrasi seorang bocah tersenyum di foto wisuda I foto wikipedia.org
Psikolog Amerika klaim bisa memprediksi foto kelulusan seseorang yang berhubungan dengan masa depan rumah tangganya.

Temuan itu cukup mengejutkan dibuat oleh seorang psikolog Amerika Matthew Hertenshteynom dari Indiana University Depot, memutuskan untuk mempelajari foto sekolah dan membandingkan data informasi dengan menganalisis tentang orang-orang tersebut.

Hasil studi menemukan bahwa anak-anak yang berada di foto terlihat muram di masa depan lima kali lebih mungkin untuk bercerai daripada mereka yang tersenyum dan bahagia di foto.

Psikolog menjelaskan hal ini dengan fakta bahwa murung dan tertutup lebih sulit bagi anak-anak untuk membangun hubungan dengan orang lain, hal itu bisa diamati dari pertumbuhan awal anak hingga masa dewasa.

Pada saat yang sama, para ahli mencatat bahwa tidak ada misteri dalam hal ini. Sudah bukan rahasia lagi bahwa anak-anak tersenyum, tumbuh dewasa, menjadi lebih terbuka dan ramah, dan membantu mereka untuk menjalin kontak dengan orang-orang.

Sebaliknya, muram atau sedih dan cemas ekspresi foto anak-anak menunjukkan bahwa orang tersebut tertutup, kemungkinan dalam kehidupan dewasa dalam membina rumah tangga ia bisa mengalami kesulitan dan lima kali lebih mungkin untuk bercerai.

Studi sebelumnya, dilakukan para ilmuwan dari University of California menunjukkan bahwa kebahagiaan suami dan istri dalam pernikahan sangat tergantung pada varian gen yang hadir di dalamnya. Gen itu adalah gen 5-HTTLPR (gen kebahagiaan) yang bertugas mengatur pengangkutan neurotransmitter serotonin di otak.
ReadFull Article ..

Minggu, 22 Desember 2013

5 kemahiran yang perlu ada pada lelaki

Salam semua,


Kemahiran memimpin- Setiap lelaki mesti memiliki kemahiran untuk memimpin walaupun jumlah orang yang dipimpin hanya untuk seorang. Ini adalah kerana ianya merupakan tanggungjawab dan tugas bagi seseorang yang bergelar lelaki. Sekiranya tiada sifat kepimpinan terhadap seseorang lelaki, ia bukan sahaja akan memberikan masalah kepada dirinya malah berkemungkinan terhadap isteri atau anak-anak apabila mereka berkahwin nanti. Pasti orang yang bergantung harap terhadap mereka kehidupannya seperti tiada arah tuju kerana objektif sesuatu isu tidak disampaikan dengan baik. Memimpin juga tidak hanya kepada untuk memberikan arahan, tetapi mereka juga perlu memberikan perlindungan terhadap pimpinan jagaan mereka.

Kemahiran memujuk- Sememangnya ini merupakan kelebihan utama kepada lelaki. Seorang lelaki dilahirkan untuk memujuk dan bukannya dipujuk. Ini adalah kerana hati dan perasaan lelaki sukar untuk terguris berbanding wanita. Ia juga bersesuaian dengan sifat lelaki yang lebih banyak menggunakan pertimbangan akal fikiran berbanding wanita yang lebih kepada emosi. Seorang lelaki yang mempunyai pertimbangan akal fikiran yang baik pasti akan memujuk kerana sekiranya mereka tidak memujuk, ia menunjukkan mereka juga mengutamakan emosi sama dengan sikap wanita.

Kemahiran membuat keputusan- Ada pendapat menyatakan bahawa wanita mampu untuk memberi seribu satu cadangan, pendapat, atau idea mengenai sesuatu isu itu tetapi mereka sukar untuk membuat walaupun hanya untuk satu keputusan. Ini berkemungkinan disebabkan kerana pemikiran antara lelaki dan wanita adalah berbeza. Pemikiran seorang lelaki adalah lebih realistik atau logik berbanding wanita yang terlalu mengikut perasaan. Sekiranya seorang lelaki tidak mampu untuk membuat keputusan untuk dirinya sendiri, bagaimana sekiranya mereka diperlukan untuk membuat keputusan mewakili keluarga mereka nanti.

Kemahiran menyelesaikan masalah- Bayangkan sekiranya lelaki tiada kemahiran untuk menyelesaikan masalah, pasti ianya akan membawa kepada kehidupan yang kucar kacir. Kelebihan yang diberikan kepada lelaki untuk membuat pertimbangan yang lebih baik harus digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setiap manusia pasti akan menghadapi masalah di dalam kehidupan mereka, tetapi sekiranya ia di atasi dengan baik, masalah yang dihadapi akan lebih mematangkan seseorang dalam membuat keputusan pada masa hadapan. Seorang lelaki haruslah tidak lebih memikirkan terhadap masalah yang mereka sedang hadapi sebaliknya memikirkan jalan penyelesaian bagi masalah tersebut.

Kemahiran untuk menyampaikan maklumat- Kekeluargaan merupakan suatu organisasi dan lelaki berada pada kedudukan paling tinggi di dalam institusi berkenaan. Sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan sesuatu maklumat dengan baik, bagaimana dengan orang yang dipimpinnya? Pasti mereka akan tercari-cari hala tuju kehidupan mereka. Contoh paling mudah adalah seperti sebuah syarikat. Pihak atasan perlu menyampaikan maklumat dengan baik kepada pekerjanya untuk mencapai objektif syarikat. Sekiranya pekerja tidak memahami mengenai maklumat yang disampaikan, pasti objektif untuk syarikat itu tidak akan tercapai. Begitu juga di dalam institusi kekeluargaan. Pasti tujuan sebenar untuk kehidupan berkeluarga tidak akan tercapai sekiranya lelaki tidak dapat menyampaikan maklumat dengan baik.

sumber




ReadFull Article ..

Selasa, 10 Desember 2013