Tampilkan postingan dengan label pengganas. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label pengganas. Tampilkan semua postingan

Jumat, 21 Februari 2014

Mana Ada 700 Pengganas Nak Masuk Sabah

lahad datu gambar


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia pagi ini menafikan bahawa 700 orang pengganas dari Sulu hendak menceroboh masuk ke Kota Kinabalu dan Tawau untuk membuat kacau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, apa yang tersebar di media sosial Facebook dan Twitter adalah khabar angin.
Beliau membuat penafian itu dalam sidang media harian di Lahad Datu, Sabah pagi ini.
Khabar kemasukan pengganas baru dari Selatan Filipina telah tersebar sejak minggu lalu termasuk seperti yang dilaporkan oleh media Filipina.
Philippine Daily Inquirer pada minggu lalu memberitahu 10,000 pejuang Tausug sedang belayar untuk menyertai kumpulan Jamalul Kiram bagi berperang dengan tentera Malaysia.
Khabar itu bagaimanapun dinafikan pasukan keselamatn negara ini.
ReadFull Article ..

Kamis, 26 Desember 2013

Sembilan Pengganas Sulu Ditahan Di Beluran Sandakan


Lebih kurang sembilan pengganas Sulu ditahan di Beluran, Sandakan. Hampir kesemua mereka ini adalah berbangsa sulu yang asal dari selatan filipina manakala setengah lagi asal dari negara kita. Polis pada awal pagi tadi menahan individu sulu tersebut yang disyaki terlibat dengan kumpulan pengganas di sebuah kampung di Beluran.

pengganas sul

Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib berkata, tujuh daripada yang ditangkap itu berbangsa Sulu dari Filipina manakala dua lagi ialah warganegara Malaysia. Kesemua suspek berumur dalam lingkungan 20an hingga 50an itu ditangkap di beberapa lokasi di daerah tersebut.

Katanya, pihaknya  juga telah merampas beberapa dokumen dan juga wang serta peralatan-peralatan lain. Datuk Hamza berkata, pasukan keselamatan akan terus menjalankan usaha mengesan pengganas mahupun yang mempunyai hubungkait dengan pengganas tersebut. SUMBER

ReadFull Article ..