Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label seks. Tampilkan semua postingan

Sabtu, 01 Maret 2014

FIKIRKAN SEKS PUNCA BERSIN

BENARKAH bersin kerana memikirkan seks ?
PARIS - Dua doktor di Britain mendapati dalam kajian mereka bahawa punca lelaki da wanita bersin adalah kerana mereka memikirkan mengenai seks.


Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Mahmood Bhutta dan Harold Maxwell itu disiarkan dalam jurnal perubatan berprestij, Journal of the Royal Society of Medicine.
Terkejut dengan penemuan tersebut, kedua-dua doktor itu berusaha mendapatkan bukti lebih lanjut dengan melakukan kajian melibatkan sejumlah pengguna laman perbualan.
Dalam kajian itu, sejumlah 17 pengguna laman web itu membabitkan kedua-dua jantina lelaki dan perempuan membuat pengakuan mereka bersin sebaik sahaja memikirkan mengenai seks manakala tiga lagi responden menyatakan mereka akan bersin selepas mencapai kemuncak syahwat. - AFP

ReadFull Article ..

Rabu, 05 Februari 2014

Diekori Lelaki Gila Seks

Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin

KUALA TERENGGANU – Dua wanita terpaksa menempuh detik menakutkan apabila diekori seorang lelaki gila seks yang menunjukkan kemaluan di Jalan Sultan Omar, di sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.30 malam itu, kedua-dua mereka berusia 30-an dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumah masing-masing di Kampung Titian Lembut, Jalan Sultan Omar, di sini, sebelum diekori lelaki gila seks terbabit.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin [Gambar] berkata, semasa melewati Jalan Sultan Omar ke Taman Perumahan Teratai, di sini, mereka menyedari ada sebuah motosikal yang ditunggangi seorang lelaki tidak dikenali sedang mengekori dari belakang.

“Keadaan di persekitaran lokasi agak sunyi dan tiada sebarang kenderaan yang menggunakan laluan tersebut semasa itu.

“Merasakan bakal berlaku sesuatu yang tidak diingini, kedua-dua mangsa nekad mempercepatkan langkah sebelum dihampiri suspek yang ketika itu berada di atas motosikal,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Zamri berkata, suspek cuba bertindak membuka seluar dan menunjukkan kemaluannya kepada kedua-dua mangsa sambil menunggang motosikal.

“Terkejut dengan situasi itu, kedua-duanya melarikan diri dengan bersembunyi di dalam kawasan rumah orang di taman perumahan berkenaan dan selepas yakin suspek telah pergi, kedua-duanya keluar dari tempat persembunyian beberapa minit kemudian,” katanya.

Menurutnya, berikutan laporan dibuat di Balai Polis Kuala Terengganu, kes berkenaan kini disiasat di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana cuba mengaibkan kehormatan seseorang.
Sumber : Sinar Harian
ReadFull Article ..