Tampilkan postingan dengan label wang. Tampilkan semua postingan
Tampilkan postingan dengan label wang. Tampilkan semua postingan

Selasa, 11 Maret 2014

Kesal kepada Mantan Isteri Lelaki Jerman Tolak Kirim Tunjangan bantuan wang

  • Selasa, 11 Jun  2013 
STRAUBING, KOMPAS.COM - Kerana kesal kepada mantan isterinya, seorang lelaki Jerman berusia 49 tahun di Straubing menolak menjalankan kewajibannya mengirim wang tunjangan bulanan. Alih-alih dikirim kepada sang isteri, lelaki itu malah memberikan wang 245 dollar AS   kepada seorang anak sekolah yang ditemuinya di luar bank.

Anak laki-laki itu sedang berdiri di depan bank bersama seorang temannya ketika lelaki itu menghampirinya dan menyerahkan amvelop berisi wang sambil berkata, ”Ini untuk Ente”, lalu beranjak pergi.

Kebingungan, anak itu kemudian melapor ke balai polis  kerana khuatir wang itu adalah wang curian dari bank. Namun, polisa mengatakan tak ada bukti telah terjadi tindak kriminal.

”Anak itu kini lebih kaya 
245 dollar AS,” ujar juru cakap polis . Surat khabar Straubinger Tagblatt memberitakan, lelaki itu lebih suka memberi wangnya kepada orang asing daripada untuk mantan isterinya. (UPI/Was)
Sumber : Kompas Cetak
Editor : Egidius Patnisti
ReadFull Article ..

Senin, 30 Desember 2013

Kerana wang Kawan tembak kawan


ANGGOTA polis memeriksa sebuah van keselamatan yang terlibat dalam kejadian samun dan bunuh di Taiping semalam.

TAIPING – Seorang pengawal keselamatan yang memaksa rakan setugasnya menggunakan laluan lain ketika hendak pulang ke pejabat rupa-rupanya berniat jahat apabila dia disyaki menembak mati mangsa sebelum lesap bersama wang lebih RM1.2 juta semalam.

Kejadian pukul 3 petang di Jalan Tekah-Aulong berdekatan sebuah pasar raya di sini itu mengakibatkan Hasnol Hafiz Saad, 28, mati akibat terkena empat das tembakan dari jarak dekat di dada. Mangsa ditemui mati di tempat duduk pemandu dengan kecederaan parah di perut, dada, bahu kanan dan betis kiri.

Difahamkan, kejadian berlaku ketika mangsa dan suspek dalam perjalanan pulang selepas memungut wang daripada mesin deposit tunai beberapa buah bank di bandar ini.

Suspek yang dikenali sebagai Mohamad Hafizuddin Zainal Abidin, 25, yang menghilangkan diri bersama wang dan selaras senapang kini menjadi buruan polis.

Seorang saksi mendakwa, dia melihat suspek melarikan diri bersama beberapa beg mengandungi wang dengan menaiki sebuah kereta Honda Civic hitam yang berada beberapa meter di belakang van keselamatan tersebut.

Kebiasaannya, mereka akan menggunakan Jalan Taman Long Jaafar di Kampung Boyan di sini iaitu hanya sejauh lima kilometer untuk pulang ke pejabat tetapi semalam Hasnol telah dipaksa menggunakan Jalan Tekah-Aulong selepas mengutip wang. Jarak jalan itu kira-kira 10 kilometer dari pejabat mereka.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusof Mohd. Diah berkata, pemeriksaan mendapati enam daripada 13 karung berisi wang lesap.

“Enam karung itu dipercayai mengandungi wang lebih RM1.2 juta dan siasatan awal mendapati bahagian luar van itu tidak mempunyai kesan dilanggar.

“Tempat kejadian bukan laluan yang biasa digunakan untuk pulang ke pejabat selepas mengutip wang. Van itu didapati terbabas di kiri jalan dipercayai akibat tindakan agresif suspek,” kata Yusof yang masih menyiasat jumlah sebenar wang yang dilarikan serta penglibatan individu lain.

Tambahnya, polis kini giat memburu Mohamad Hafizuddin bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Taiping di sini untuk bedah siasat.
ReadFull Article ..