Senin, 24 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Mamat Sepah Bagi Awek Pandu Mini Cooper

Mamat Sepah Bagi Awek Pandu Mini Cooper


KUALA LUMPUR – Seperti yang semua sedia maklum, sebelum ini, Murai Batu pernah memberi tahu mengenai pelawak Mamat Sepah kini sudah memandu kereta Mini Cooper edisi terhad iaitu Mini John Cooper yang dikeluarkan pada tahun 1999 dan kali ini Murai Batu sekali ingin bercerita mengenai kereta mewahnya itu.

Bukan apa, ada cerita yang sampai ke telinga Murai Batu bahawa Mini Cooper itu telah diberikan kepada kekasih barunya, Syafiqa untuk dipandu ke mana-mana.

Lebih mengukuhkan cerita itu, rakan Murai Batu ada terlihat kelibat kekasihnya itu memandu kereta mewah berwarna krim itu seorang diri.

Ceritanya begini, rakan Murai Batu itu pada awalnya melihat kelibat mereka berdua mesra menuju ke kereta milik Mamat .

Kemudian awek dia pula yang masuk ke tempat duduk pemandu dan Mamat yang berada di luar kereta seperti berpesan sesuatu serta membelai rambut aweknya itu.

Tak lama kemudian, kekasihnya berlalu pergi dengan memandu Mini Cooper John itu seorang diri.

Dengarnya, Mamat pun terus pulang dengan menaiki kereta rakan artis yang lain. Dengarnya mereka ketempat show yang sama.

Jadi Mamat pun menumpang mereka yang menuju ke lokasi yang sama.

Wah! Sweet sangat Mamat. Itulah orang kata bila sudah sayang, rela ku korbankan katanya.

Amboi untunglah Syafiqa yang menjadi kekasih Mamat itu. Mana taknya, lepas ini pasti rakan-rakannya melopong melihat dia ke kampus dengan menaiki Mini John Cooper. - Murai

Tidak ada komentar:

Posting Komentar