Jumat, 21 Februari 2014

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » Mana Ada 700 Pengganas Nak Masuk Sabah

Mana Ada 700 Pengganas Nak Masuk Sabah

lahad datu gambar


KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia pagi ini menafikan bahawa 700 orang pengganas dari Sulu hendak menceroboh masuk ke Kota Kinabalu dan Tawau untuk membuat kacau.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, apa yang tersebar di media sosial Facebook dan Twitter adalah khabar angin.
Beliau membuat penafian itu dalam sidang media harian di Lahad Datu, Sabah pagi ini.
Khabar kemasukan pengganas baru dari Selatan Filipina telah tersebar sejak minggu lalu termasuk seperti yang dilaporkan oleh media Filipina.
Philippine Daily Inquirer pada minggu lalu memberitahu 10,000 pejuang Tausug sedang belayar untuk menyertai kumpulan Jamalul Kiram bagi berperang dengan tentera Malaysia.
Khabar itu bagaimanapun dinafikan pasukan keselamatn negara ini.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar