Jumat, 20 Desember 2013

Browse Manual » Wiring » » » » » » » » » Kisah Ibu Buta Yang Terperangkap Di Lahad Datu

Kisah Ibu Buta Yang Terperangkap Di Lahad Datu


Kisah Ibu Buta Yang Terperangkap Di Lahad Datu
LAHAD DATU - “Mak...jauh lagi ke kita nak lari? Abang takut nanti orang jahat datang.”

Ketika Asrul Abdul, 9, bertanya kepada ibunya, Budi Ramsara, ada riak ketakutan pada wajah kanak-kanak itu.

Keluarga malang itu bertindak melarikan diri selepas terperangkap di Kampung Tanjung Batu, selama seminggu akibat pencerobohan militan Sulu di kawasan itu.

Kampung Tanjung Batu di Tanjung Labian di sini dikawal ketat oleh pasukan keselamatan, selain Kampung Tanduo sejak Op dayulat dilaksanakan.

Kelmarin, semasa menjalankan operasi di Tanjung Batu pasukan keselamatan telah ditembak pengganas Sulu secara serangan hendap dalam tempoh yang agak panjang.

Langkah anak kecil itu semakin pantas sambil memimpin dua tangan adiknya selepas dimaklumkan si ibu bahawa lokasi selamat hanya berada di depan mata.
Walau penat, sambil memimpin ibunya yang uzur dan cacat penglihatan, Budi tidak boleh menunjukkan dirinya lemah di hadapan anak-anak.

Langkah terpaksa diteruskan walaupun sedar akan bahaya andainya terserempak dengan kumpulan penceroboh bersenjata Sulu.

Nasib ternyata menyebelahi mereka bila akhirnya bertemu sepasukan polis yang melalui kawasan berhampiran.

Mereka kemudiannya dihantar ke pusat pindahan sementara di Dewan Embara Budi, Felda Sahabat 17, di sini, semalam.

Menceritakan detik ketika bersembunyi di dalam rumah selama seminggu, Budi berkata, setiap hari dia mendengar bunyi tembakan dan dentuman bom.

“Kami takut dan tidak berani keluar dari rumah. Kami makan apa sahaja yang masih berbaki di dalam rumah.

“Anak-anak juga tidak dibenarkan bermain di luar kerana keadaan yang tidak selamat,” katanya.

Ketika ditanya mengapa dia sekeluarga lambat keluar dari kampung, kata Budi, dia tidak memiliki sebarang kenderaan untuk menyelamatkan diri.

“Ibu saya uzur. Lagi pun, kalau kami keluar awal, mungkin kami akan terserempak dengan penceroboh.

“Menyembunyikan diri adalah langkah terbaik buat kami. Kami hanya mahu keluar apabila yakin keadaan benar-benar selamat,” katanya.-Sinar Harian

Tidak ada komentar:

Posting Komentar